LANGKAWI 6 Okt. – Polis menahan seorang penganggur yang disyaki terlibat dalam empat kejadian samun bersenjata di sekitar pulau ini, awal hari ini. Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan sepasukan anggota pada jam 2.15 pagi berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Padang Matsirat. “Suspek mengaku terlibat dalam kes samun sebuah kedai serbaneka di Jalan Kelibang pada awal pagi Sabtu melibatkan kerugian…










