Saingan tiga penjuru buka peluang PN menang banyak kerusi

Saingan tiga penjuru buka peluang PN menang banyak kerusi

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perikatan Nasio­nal (PN) mempunyai kelebihan memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Ia selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan bertan­ding di kesemua kerusi.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ber­kata, pertembungan BN dan PH itu boleh mengubah corak soko­ngan pengundi terutama selepas ke­dua-dua gabungan tersebut memutuskan bergerak solo.

“Undi pecah tiga dan kami lebih ada potensi untuk menang kalau pecah undi begitu. Situasi ini secara tidak langsung menjadikan peluang PN lebih terbuka berbanding pertandingan satu lawan satu. Jadi, potensi untuk PN lebih terbuka,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, BN akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN Johor dalam PRN berkenaan. Susulan itu PH Johor turut mengumumkan perkara sama.

Mohd. Amar dalam pada itu berkata, langkah BN itu me­nunjukkan semangat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan tidak begitu kukuh.

Katanya, situasi berkenaan memperlihat BN seolah-olah tidak mengambil kira kedudukan parti-parti lain dalam kerajaan termasuk DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Ama­nah).

“Tidak ada kerjasama, jika dia (BN) ambil sampai 56 kerusi, orang lain hendak bertanding di mana? DAP, Amanah, PKR. Jadi dia tak ambil kira sekutunya dalam kerajaan yang dikatakan Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN