IPOH 3 Okt. – Lebih 2,500 peserta mewakili kesemua 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini berentap dalam penganjuran Sukan Kerajaan Tempatan Negeri Perak 2019 yang berlangsung selama 10 hari bermula 27 September lalu. Majlis perasmian pembukaannya yang diadakan pada malam ini di Stadium Perak, dianjurkan secara gilang-gemilang biarpun dalam keadaan hujan. Terdahulu, majlis dimulakan dengan perarakan masuk kesemua 15 kontinjen bersama maskot dengan persembahan gimik masing-masing. Selepas lagu…










