KUALA LUMPUR 7 Okt – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bertindak melangkaui mandat pelaburan ditetapkan Felda dalam pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak berjumlah RM160 juta oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) iaitu anak syarikat Felda. Bekas Ketua Bahagian Perundangan dan Kesetiausahaan FICSB, Siti Salwani Mohd Salleh, 41, berkata beliau mengetahui perkara tersebut…










