KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bangsa-Bersatu (PBB) memuji usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dan keharmonian antara agama, khususnya cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Keharmonian dan Perdamaian Nasional. Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet berkata, terdapat aspirasi kuat untuk perubahan positif di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai etnik dan berbilang agama tetapi yang menimbulkan keprihatinan ialah bagaimana perubahan itu akan memberi kesan terhadap kepentingan pelbagai sektor masyarakat. “Cabaran utama…










