BAGHDAD 6 Okt. – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa demonstrasi di Iraq dihentikan susulan protes itu telah meragut hampir 100 nyawa. “Lima hari berlaku kematian dan kecederaan. Ia perlu dihentikan,” kata Ketua Misi Bantuan PBB untuk Iraq, Jeanine Hennis-Plasschaert seperti dipetik oleh BBC. Tambah Hennis-Plasschaert, mereka yang bertanggungjawab di atas kematian penunjuk perasaan perlu dibawa ke muka pengadilan. Penunjuk perasaan membantah isu pengangguran, perkhidmatan awam yang lemah dan rasuah di…










