BAGHDAD 7 Okt. – Pasukan Hashed al-Shaabi bersedia melaksanakan arahan kerajaan untuk mencegah pemberontakan selepas protes yang menyebabkan lebih 100 orang terbunuh. Ketua pasukan itu, Faleh al-Fayyadh berkata, dia mahu ‘membanteras rasuah, bukannya menjatuhkan rejim’. Tunjuk perasaan itu bermula Selasa lalu dengan seruan mengurangkan penggangguran belia dan rasuah namun berkembang mendesak perubahan keseluruhan sistem politik Iraq. Kerajaan Iraq mengumumkan siri perubahan untuk mewujudkan pekerjaan, meningkatkan kebajikan sosial dan membanteras rasuah…










