Bantu keluarga daif yang tinggal di bandar

Bantu keluarga daif yang tinggal di bandar

MASIH terdapat komuniti yang tersisih daripada arus pembangunan dan perlu pembelaan segera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-baru ini tular kisah enam beradik anak yatim tidak bersekolah ekoran kekangan kewangan. Apa yang menyedihkan ia berlaku di kawasan perbandaran iaitu di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor.

Mereka hidup daif selepas bapanya meninggal dunia sementara ibunya yang berasal dari Indonesia terpaksa berhempas pulas menjaga anak yang masih kecil.

Kisah ini sedikit sebanyak merupakan ujian khususnya buat penduduk sekitar yang terdiri daripada golongan berada dan elit. Ketika umat Islam berlumba-lumba mengerjakan ibadat korban, masih terdapat komuniti yang tersisih daripada arus pembangunan dan perlu pembelaan segera.

Lebih menyedihkan tiga daripada anak ini tidak memiliki kad pengenalan diri meskipun bapanya berasal dari Negeri Sembilan. Ibu mereka, Derce pula berasal dari Flores, Indonesia.

“Arwah pernah memulakan proses mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk anak-anak namun tidak sempat menyelesaikan sebelum meninggal dunia. Selepas itu saya tidak tahu hendak buat apa”, kata ibu tunggal tersebut.

Kita percaya sudah tentu masyarakat masih memiliki sikap cakna dan prihatin terhadap jiran tetangga. Barangkali apa yang berlaku, adalah diluar pengetahuan pihak berwajib. Tulisan ini adalah lahir atas rasa tanggungjawab membantu golongan terpinggir yang bertepatan dengan kempen Kerajaan Madani, yang prihatin kepada rakyat.

Saya berharap Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pendidikan Hulu Langat, ahli Parlimen mengambil tindakan tuntas menyelesaikan permasalah keluarga ini. -UTUSAN

PENDEKAR SEPI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN