KUALA LUMPUR – Kerajaan berhasrat melahirkan generasi Bumiputera baharu yang berpegang teguh kepada nilai moral dan integriti melalui Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang dilancarkan Sabtu lepas. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, melalui WKB2030 itu, kerajaan mahu generasi Bumiputera bersikap rajin, berusaha, bermaruah dan bersemangat kental nasionalisme yang ingin menyelamatkan negara serta tidak bergantung kepada orang asing. “Peluang akan diberikan kepada Bumiputera yang membukti kelayakan dan kemampuan mereka.…










