PUVET Masterclass tingkat kemahiran usahawan veteran ATM

PUVET Masterclass tingkat kemahiran usahawan veteran ATM

ADLY Zahari (tengah) beramah mesra bersama usahawan veteran ATM selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET) Negeri Sembilan di Seremban, semalam. -UTUSAN / NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 180 orang usahawan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disasarkan untuk menyertai Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET) Masterclass bagi memperkasa kemahiran dalam bidang digital dan pengurusan perniagaan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, inisiatif itu merupakan kesinambungan Program PUVET yang dilancarkan pada 2023 menerusi kerjasama strategik antara Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dan Institusi Keusahawanan Negara.

Menurutnya, hampir 5,000 anggota ATM menamatkan perkhidmatan setiap tahun dan kira-kira 70 peratus daripadanya memilih untuk menceburi bidang keusahawanan.

“Program ini turut memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kemahiran serta latihan semula veteran dalam bidang keusahawanan.

“Sebahagian veteran mungkin mempunyai kepakaran teknikal atau pengalaman kerja tertentu, namun aspek keusahawanan seperti pengurusan kewangan, pemasaran dan penggunaan teknologi digital perlu terus diperkasakan,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Adly berkata, program berkenaan turut memberi penekanan terhadap aspek literasi kewangan, pengurusan modal dan pendedahan kepada penggunaan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) dalam perniagaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN