SHAH ALAM 6 Okt. – Jabatan Kesihatan Selangor mengesahkan nasi lemak adalah punca peserta Kongres Maruah Melayu, mengalami keracunan makanan pagi tadi. Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, perkara itu disahkan berdasarkan sampel makanan yang diambil di lokasi program berkenaan. “Kesemua mangsa yang terlibat adalah pelajar universiti yang mana mereka telah mengambil nasi lemak semasa tiba di program berkenaan. “ Punca keracunan ini kita perolehi berdasarkan lima sampel…










