SHAH ALAM – Nasi lemak yang disediakan oleh pihak katerer disyaki menjadi punca 197 peserta Kongres Maruah Melayu yang kebanyakkan pelajar universiti mengalami keracunan makanan semalam. Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati nasi lemak bungkus itu telah dibekalkan kepada peserta sebelum menaiki bas ke lokasi penganjuran pukul 7 pagi. Katanya, mereka dikenalpasti mengalami keracuanan makanan dengan gejala utama adalah sakit perut dan muntah dengan…










