MELBOURNE 8 Okt. – Selepas lama menyepi daripada acara perseorangan lelaki Grand Slam, Andy Murray akhirnya akan kembali beraksi dengan destinasi pertamanya adalah Terbuka Australia pada Januari ini. Ini disahkan penganjur Terbuka Australia ketika mengumumkan barisan pemain yang telah mengesahkan penyertaan mereka pada kejohanan Grand Slam pembuka tirai setiap tahun itu. Ketika ini pemain berusia 32 tahun itu sudah mula berjinak-jinak menyertai beberapa kejohanan kompetitif dengan terbaharu di Masters Shanghai…










