Boleh tak awak jadi ayah saya - Nabila Huda - Utusan Malaysia

Boleh tak awak jadi ayah saya – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagai rindu akan belaian seorang bapa, pelakon, Nabila Huda berkongsi luahan menyentuh hati mengenai hubungan akrab antara ayah dan anak perempuan.

Kata Nabila, dia tersentuh apabila melihat cara beberapa artis lelaki yang dikenalinya melayani anak perempuan mereka dengan penuh kasih sayang.

“Kadang-kadang bila buka Instagram, terlihat penyanyi atau pelakon lelaki yang sudah bergelar ayah, terutamanya yang senior dan saya ikuti.

“Melihat betapa manisnya hubungan mereka dengan anak perempuan mereka, pelukan, layanan lembut dan kasih sayang yang ditunjukkan, tiba-tiba kita pula tersenyum sendiri,” katanya di Threads.

Dalam masa sama, anak kepada penyanyi rock, Datuk Amy Search itu mengakui terkesan, bahkan cemburu dengan sesetengah anak perempuan yang menerima layanan baik dari bapanya.

“Kadang-kadang terasa lucu apabila melihat seseorang disayangi dengan baik boleh buat hati tersentuh dengan sangat mendalam.

“Sampai terlintas dalam hati, “Boleh tak awak jadi ayah saya juga?” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, luahan tersebut secara tidak langsung meraih perhatian ramai dari kalangan netizen dan rakan selebriti.

Malah, ada yang berpendapat sikap penyayang yang dicurahkan oleh aktres itu kepada satu-satunya puteri kesayangannya, Keisha adalah cara dirinya memulihkan jiwanya yang sedang bersedih kerana tidak menerima layanan yang setimpal.

Sebelum ini, Nabila mendedahkan hubungannya bersama vokalis kumpulan rock, Search itu semakin renggang berpunca daripada ibu tirinya, Datin Norhasniza Hassan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN