Saya ingin mengingatkan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan supaya bertindak seperti manusia yang mempunyai akal yang waras serta semak semula perjanjian konsensus Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sebelum mengeluarkan kenyataan kurang cerdik dan tidak berfakta. Sebelum PRU14, secara jelas PKR, DAP, Amanah dan Bersatu bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim segera diangkat sebagai Perdana menteri Malaysia yang kelapan menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad setelah mendapat pengampunan diraja.…










