KUALA LUMPUR 4 Okt. – Industri pembinaan dijangka berkembang kira-kira lima peratus pada akhir 2019, berbanding pertumbuhan 4.2 peratus tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid. Beliau berkata, aliran itu akan berterusan sehingga separuh pertama tahun depan, berdasarkan kepada pendekatan tunggu dan lihat yang diambil oleh pelabur tempatan dan asing. “Bagaimanapun, momentum itu dijangka meningkat menjelang separuh kedua 2020 kerana…










