KP SPRM: Sudah bincang dengan Agong, akan umum nanti - PM

KP SPRM: Sudah bincang dengan Agong, akan umum nanti – PM

ANWAR Ibrahim (kiri) menyantuni orang ramai di Pasar Tani Kekal Permas Jaya, di Johor Bahru sebelum turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Permas Jaya, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa nama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu akan dimaklumkan kelak.

Anwar berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, di sini berhubung perkara tersebut kira-kira pukul 8 pagi tadi.

“Nanti saya akan umumkan kemudian (nama Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu) nanti. Saya sudah adakan perbincangan dengan Tuanku (Sultan Ibrahim) tadi,” katanya ringkas kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari di Pasar Tani Kekal Permas Jaya, di sini hari ini.

Semalam, Sultan Ibrahim bertitah akan memilih Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu bagi menerajui suruhanjaya berkenaan susulan jawatan tersebut penting dalam memastikan SPRM terus berperanan sebagai institusi utama dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Ditanya mengenai nama-nama calon yang diserahkan kepada Sultan Ibrahim, Anwar bagaimanapun enggan mengulas mengenai pertanyaan tersebut.

“Nama yang layak ada 120 (orang calon),” katanya secara berseloroh.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun juga sempat beramah mesra bersama komuniti tempatan di Permas Jaya, sebelum menunaikan Solat Jumaat di Masjid Bandar Permas Jaya, di sini

Solat disertai lebih 1,500 jemaah, termasuk Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi yang mengiringi Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN