BUTTERWORTH: Seorang warga Myanmar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba menyembunyikan dan melindungi migran yang diseludup, bulan lepas. Hakim Roslan Hamid bagaimanapun menangguhkan perbicaraan kes itu pada 14 Mei depan bagi membolehkan jurubahasa Myanmar dilantik agar pertuduhan dapat dibacakan dengan jelas dan difahami oleh tertuduh, Than Aung, 37. Pada prosiding sama, beliau turut memutuskan bahawa tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh sementara menunggu tarikh sebutan…










