KUALA TERENGGANU 6 Okt. – Maruah bangsa Melayu akan dapat terus dipertahankan sekiranya seluruh kepemimpinannya sentiasa mengutama serta memartabatkan Islam. Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Dr. Balachandran berkata, apa yang penting menerusi Kongres Maruah Melayu yang berlangsung hari ini benar-benar memperlihatkan para pemimpin Melayu meletakkan Islam di tempat paling atas. Beliau memberitahu, ini kerana jika sebaliknya, maruah Melayu sendiri akan ‘tercemar’ dan tidak dihormati oleh kaum-kaum lain…










