MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukannya perlu berjuang bermati-matian di atas padang selepas ini sekiranya berkeinginan untuk mempertahankan gelaran juara Liga Perdana England hujung musim nanti. The Citizens tewas mengejut 0-2 kepada Wolverhampton di Stadium Etihad malam kelmarin yang juga kekalahan pertama mereka di laman sendiri sejak Disember tahun lalu. Keputusan tersebut menyaksikan juara bertahan itu kini berada di tangga kedua dengan 16 mata dan ketinggalan lapan…










