KUALA LUMPUR 7 Okt. – Malaysia tetap akan memiliki kepentingan dalam PLUS Malaysia Bhd. (PLUS), walaupun akan menerima tawaran pengambilalihan daripada mana-mana entiti perniagaan. Atas sebab itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hanya tawaran pengambilalihan yang menarik akan dilayan Kerajaan Pakatan Harapan (PH). “Kita boleh jual tapi kena ada tempat juga untuk kita. (Bagaimanapun) apa-apa bidaan oleh sesiapa pun akan dikaji kerajaan. “Kalau ikut kehendak kita (maka) akan…










