IPOH 8 Okt. – Luluh hati seorang bapa apabila melihat selipar anak bongsunya terapung dalam lubang kumbahan di Kuarters Balai Polis Pasir Puteh di sini hari ini sebelum menemukan mayat kanak-kanak berusia tiga tahun itu. Bapa mangsa, Lans Koperal Ahmad Hafiz Mustafa, 32, berkata, dia hanya menyedari kejadian menimpa Muhamad Anas Hadif itu setelah mendengar jeritan abang mangsa berusia enam tahun dari bawah rumah pangsa yang didiami mereka. Katanya, dia…










