Bekas penolong eksekutif kanan badan awam direman kemuka matan palsu RM800,000

Bekas penolong eksekutif kanan badan awam direman kemuka matan palsu RM800,000

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua individu termasuk seorang bekas penolong eksekutif kanan badan awam direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan dana awam berjumlah kira-kira RM800,000.

Penahanan uspek yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30-an telah dilakukan pukul 12.30 tengah hari dan 1 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

Menurut sumber, pada awalnya tiga orang suspek yang terdiri daripada seorang bekas penolong eksekutif kanan pentadbiran, pemilik syarikat dan penjawat awam telah ditahan SPRM Terengganu semalam bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun hanya dua daripada mereka ditahan reman pagi ini kerana seorang lagi suspek dibebaskan berikutan masalah kesihatan.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2023 dan 2024,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa siri tangkapan susulan akan dilakukan bagi membantu proses siasatan.

Terdahulu, perintah reman selama tujuh hari sehingga 25 Mei ini dikenakan terhadap kesemua suspek telah dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN