Penganjuran beberapa acara sukan antarabangsa termasuk Le Tour de Langkawi (LTdL) di Pulau Langkawi memberikan sumbangan positif kepada pembangunan ekonomi Langkawi dan Malaysia. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencetuskan idea penganjuran acara perlumbaan basikal paling berprestij di Asia dan ketiga terbesar di dunia pada 29 Februari 1993 itu, meletakkan pemilihan Langkawi sebagai salah satu laluan LTdL dalam setiap edisi penganjurannya itu bagi memperkenalkan keindahan dan keunikan Malaysia dan…










