IPOH 1 Okt. – Hanya dalam tempoh seminggu, dua kejadian melibatkan lori tangki dengan muatan bahan kimia dilaporkan terbabas dan terbalik di Perak. Dalam kejadian terbaru, sebuah lori tangki yang membawa muatan asid sulfurik seberat 24.8 tan terbalik di bahu jalan di Kilometer 373 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Slim River, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Mohd Fazrul Azuan Norman berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira…










