KINSHASA 3 Okt. – Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh selepas sebuah lombong emas haram runtuh di Maniema di timur Congo, semalam. Gabenor Maniema, Augustin Musafiri mengesahkan perkara itu tanpa memberikan butiran lanjut. Semalam, Menteri Solidariti Negara dan Tindakan Hak Asasi Manusia, Steve Mbikayi menerusi laman Twitter berkata, 14 orang maut dan tiga orang telah dimasukkan ke hospital kerana cedera parah. Kejadian itu berlaku di kawasan perlombongan Kampene, kira-kira 180 kilometer dari…










