PETALING JAYA – Seramai lima wanita warga tempatan merupakan antara 20 individu yang ditahan selepas disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Sungai Way di sini semalam. Serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman yang diketuai oleh Ketua Unit Pencegahan Maksiat D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Superintendan Redzaime Abd. Hamid susulan…










