KUALA LUMPUR 7 Okt. – Lebih 700,000 akaun pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) melibatkan jumlah simpanan sebanyak RM60.4 juta didapati tidak melakukan sebarang transaksi melebihi tujuh tahun berturut-turut mulai tahun 2012 sehingga akhir Ogos lepas. TH dalam satu kenyataan menasihatkan pendeposit terlibat mengaktifkan akaun masing-masing dengan membuat sekurang-kurangnya satu transaksi simpanan atau pengeluaran wang di mana-mana cawangan TH, kaunter uniteller; atau melakukan transaksi atas talian dengan mana-mana rakan strategik TH…










