BAGHDAD 1 Okt. – Pasukan keselamatan Iraq terpaksa menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk meleraikan lebih 1,000 penunjuk perasaan di tengah ibu kota negara ini, yang menentang rasuah dan kelemahan perkhidmatan awam. “Pencuri ini merompak kami!” laung penunjuk perasaan. Penunjuk perasaan yang kebanyakannya adalah lelaki, berkumpul di Dataran Tahrir sambil meletakkan bendera Iraq di bahu mereka atau melilitkannya di dahi. – AFP










