KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya lapan kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang manakala beberapa kawasan turut dinaiki air dalam kejadian hujan lebat berserta ribut yang melanda ibu negara kira-kira pukul 5 petang tadi. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang di Wisma Felcra, Jalan Rejang sebelum menggerakkan anggota ke lokasi. “Sepasukan tujuh anggota bersama seorang pegawai dari Balai Bomba…










