KUANTAN 5 Okt. – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) komited untuk terus melaksanakan projek tanaman ladang kontrak dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara. Timbalan Ketua Pengarah Operasi FAMA, Mohd. Anis Mohd. Yasin berkata, usaha itu perlu dilakukan kerana permintaan hasil pertanian lebih tinggi daripada pengeluarannya. Sebagai contoh, katanya, import hasil pertanian negara tahun ini berjumlah RM50 bilion dan jumlah itu meningkat setiap tahun. “Daripada jumlah itu, RM9 bilion adalah…










