LAGOS 5 Okt. – Seekor kura-kura Istana Ogbomosho, barat daya Nigeria yang didakwa berusia 344 tahun mati hari ini. AFP melaporkan, meskipun pakar haiwan meragui jangka hayat kura-kura itu namun binatang yang diberi nama Alagba itu dikatakan tinggal di istana berkenaan, sejak berabad lamanya. Berita kematian Alagba itu disahkan oleh pembantu peribadi Raja Jimoh Oyewunmi, Toyin Ajamu yang memberitahu, kura-kura itu mempunyai kuasa luar biasa untuk menyembuhkan mereka yang mempunyai…










