SEBERANG PERAI – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) daerah Seberang Perai Tengah (SPT) menggagalkan kegiatan penyelewengan diesel selepas menyerbu sebuah premis di Juru, Bukit Mertajam di sini hari ini. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP SPT, Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, menerusi serbuan kira-kira pukul 5 pagi itu, pihaknya telah menyita sebuah lori tangki, sebuah tangki fiber dan dua unit pam selain 21,840 liter (l) diesel yang…










