KUALA LUMPUR 7 Okt. – Ahli Parlimen Teluk Intan dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming akan hadir ke Bukit Aman esok bagi dirakam keterangan untuk membantu siasatan berhubung status yang dimuat naik dalam akaun Facebook, Nga Kor Ming Super Fan Page yang dipercayai menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, Kor Ming dipanggil bagi membantu siasatan susulan laporan polis diterima pihaknya…










