SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan Kongres Maruah Melayu yang diadakan di Stadium Malawati di sini bermotifkan politik dan rasis. Beliau berkata, ini berikutan ramai pihak hadir terdiri daripada pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), pihak universiti dan pelbagai parti politik sebagai orang Melayu dalam mengetahui kedudukan maruah dan bagaimana ingin memulihkannya. “Kongres ini tidak rasis, kita tidak kecam orang Cina, India tetapi sebenarnya nak kecam orang…










