KETUA jurulatih hoki remaja negara, Nor Saiful Zaini Nasirudin mendedahkan skuadnya akan menggunakan strategi menyerang pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2019 yang bakal membuka tirainya pada 12 hingga 19 Oktober ini di Stadium Hoki Taman Daya, Johor. Menurut Nor Saiful, strategi tersebut sudah kerap kali diguna pakai oleh pasukan-pasukan berkelas dunia ketika ini dan menjadi pilihan utamanya dalam misi mencapai sasaran menamatkan saingan sekurang-kurangnya di kedudukan tiga terbaik…










