KUALA LUMPUR 7 Okt. – Kisah cinta dan pengorbanan lebih enam dekad isteri perdana menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal diangkat dalam sebuah filem biopik dan cinta berjudul ‘Hasmah-Bila Deh Bertemu Det.’ Karya terbitan Tune Production Sdn Bhd., itu menyaksikan pelakon Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin melakonkan watak utama Dr. Siti Hasmah dan Hasnul Rahmat sebagai Dr. Mahathir. Pengarah…










