KUALA LUMPUR, 6 Okt. – Kemenangan besar 6-0 ke atas Sri Lanka pada aksi persahabatan antarabangsa malam semalam, membantu meningkatkan keyakinan dan mental pemain tetapi tidak menjadi pengukur untuk bertemu Vietnam. Tonggak pertahanan skuad Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak mengingatkan rakan sepasukannya bahawa kemampuan Vietnam yang menduduki ranking ke-99 itu, jauh lebih baik berbanding Sri Lanka. Pemain berusia 32 tahun itu bagaimanapun berjanji untuk mengawal benteng pertahanan negara sebaik…










