KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia mengkaji sebarang pembidaan daripada mana-mana pihak untuk membeli PLUS Malaysia Bhd (PLUS), kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, kerajaan mengambil pendekatan terbuka terhadap sebarang pembidaan dan akan membuat keputusan mengikut kesesuaian dan kehendak negara. “Apa-apa pembidaan oleh sesiapa akan dikaji kerajaan, kalau ia (bidaan) sesuai dengan kehendak kita, kita akan layan permintaan mereka,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari…










