PETALING JAYA – Kebebasan badan kehakiman sangat penting untuk memastikan mahkamah mempunyai kuasa untuk mengkaji tindakan undang-undang yang diambil oleh mana-mana pihak, kata Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat. Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Persidangan Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang LAWASIA 2019, bertemakan, Kerajaan Perlembagaan: Kepentingan Struktur dan Institusi Perlembagaan, di sebuah hotel di sini hari ini. Beliau berkata, konflik antara kuasa kerajaan dan kebebasan individu telah wujud…










