KOTA KINABALU 7 Okt. – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah akan berusaha membantu menyelesaikan beberapa masalah dihadapi pasukan bola sepak wanita Sabah, termasuk masalah kelewatan bayaran gaji dan elaun. Menterinya Phoong Jin Zhe berkata, perkara itu perlu dilihat secara serius, kerana ia membabitkan pasukan bola sepak wanita Sabah, yang juga kebanyakannya bermain untuk pasukan negara. “Oleh itu kita bersedia berjumpa dengan pihak yang berkenaan termasuk Persatuan Bola Sepak Sabah…










