KUALA TERENGGANU – Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) hari ini tampil menghulurkan bantuan berupa wang tunai kepada kakitangan Utusan Malaysia dan Kosmo! biro Terengganu. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Presiden Kawat, Khairul Azlam Mohamad kepada lapan petugas Utusan Malaysia dan Kosmo! yang diketuai Ketua Biro Utusan Malaysia Terengganu, Radhuan Hussain dan Penolong Ketua Biro Kosmo! Terengganu, Mohd. Azli Adlan. Khairul Azlam berkata, Kawat didukung pengamal media dari seluruh negeri ini terpanggil…










