KUALA LUMPUR, 2 Okt. – Pengendali platform e-dagang di Asia Tenggara, Kumpulan Lazada bekerjasama dengan penyedia khidmat kredit terbesar di Asia Pasifik, Citi untuk memperkenalkan kad kredit jenama bersama, Lazada Citi yang pertama di rantau itu. Pengarah Bahagian Kad Kredit dan Pinjaman Peribadi Citi Rantau Asia Pasifik, Sanjay Nambiar berkata, Citi dan Lazada menetapkan sasaran 500,000 orang akan menggunakan kad kredit itu di seluruh rantau itu dalam tempoh beberapa tahun…










