MILAN 7 Okt. – Antonio Conte menyifatkan skuad kendaliannya, Inter Milan tidak boleh dibandingkan dengan Juventus terutama selepas tewas 1-2 dalam aksi Derby d’Italia, awal pagi tadi. Jaringan pembukaan Paulo Dybala dipadamkan Lautaro Martinez menerusi sepakan penalti pada minit ke-18 di San Siro tetapi Gonzalo Higuain menghasilkan jaringan kemenangan pada minit ke-80. Permulaan cemerlang Inter dalam Serie A berakhir selepas tewas dalam perlawanan itu sekali gus membolehkan Juventus memintas mereka…










