PUTRAJAYA 3 Okt. – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad akan bertemu Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan mengenai tawaran kerajaan kepada pemilik tanah Kampung Baru ketika pemukiman pemimpin Pakatan Harapan (PH) hujung minggu ini. Beliau berkata, sama ada tawaran lebih baik boleh diberikan, berbanding tawaran RM850 bagi setiap kaki persegi sebelum ini, bergantung kepada perbincangan tersebut. “Jadi saya akan bercakap dengan Tun (Dr. Mahathir), sebaik saja saya…










