PUTRAJAYA 3 Okt.- Polis masih menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara susulan keputusan inkues kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya setakat ini masih belum menerima sebarang arahan lanjut. “Kami belum menerima (arahan) rasmi. Jadi, apabila kita menerimanya, kita akan menyemaknya dan lihat apa yang akan kita lakukan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Dasar Keselamatan…










