Pemangku Raja Kelantan rakam ucapan terima kasih pada Anwar - Utusan Malaysia

Pemangku Raja Kelantan rakam ucapan terima kasih pada Anwar

TENGKU Muhammad Fakhry berkenan mencemar duli memeriksa perbarisan kawalan kehormat sempena perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15 Tahun 2026 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan persekutuan atas kerjasama strategik bersama kerajaan negeri yang telah memacu pelbagai projek pembangunan di Kelantan.

Baginda bertitah, penglibatan langsung kerajaan persekutuan dalam perancangan dan pelaksanaan infrastruktur yang menyeluruh itu diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak perancangan pembangunan pada masa akan datang.

“Beta berasa sukacita atas pengoperasian Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang telah siap dinaik taraf sepenuhnya.

“Beta juga menzahirkan harapan agar kerjasama pihak persekutuan dan negeri diteruskan dengan pelaksanaan Projek Kota Bharu Sentral melalui Intergrasi Pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai hab transit moden yang bakal menjadi pemangkin ekonomi setempat,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15 Tahun 2026 di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Tengku Muhammad Fakhry bertitah, keadaan infrastruktur di negeri ini masih lagi perlu ditambah baik agar tidak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN