PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di Bandar Sungai Long, Cheras, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abd Yusof berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia dalam lingkungan umur 40-an dan telah meninggal dunia di lokasi.
“Mayat telah dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes disiasat dibawah Laporan Mati Mengejut (SDR).
“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
“Ia bagi membantu proses pengecaman atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat,Sarjam Zharif Ab Rasid ditalian 012-5925390 bagi membantu siasatan,” katanya..










