KUALA LUMPUR 6 Okt. – Kerajaan disaran memperluaskan inisiatif sedia ada dalam sektor pengangkutan awam pada Belanjawan 2020 dalam usaha mengurangkan kos hidup rakyat, kata penganalisis ekonomi Universiti Putra Malaysia, Dr Mohd Yusof Saari. Beliau berkata, insentif seperti pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 memberikan manfaat kepada pengguna yang memilih pengangkutan awam sebagai pilihan utama bagi mobiliti mereka, perlu diteruskan. Dalam pada itu, Mohd Yusof turut mengutarakan pendapat bahawa…










