KAJANG – Seramai 12 individu warga Nigeria termasuk seorang wanita dicekup dalam Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah kondominium di Batu 9, di sini tengah malam tadi. Pemeriksaan dijalankan terhadap 23 individu dan dua lelaki warganegara China yang menjalankan kegiatan judi dalam talian turut ditahan. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi yang bermula pada pukul 12 tengah malam dan berakhir pada pukul 2.30 pagi…










